Armada Bersatu bantah dasar ekonomi tekan rakyat, akan sertai himpunan ‘Turun Anwar’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu menegaskan sebarang dasar ekonomi yang membebankan rakyat wajar ditolak, khususnya apabila ia dilaksana tanpa ketelusan dan tidak berpaksikan realiti kehidupan rakyat.

Sehubungan itu, Armada sepakat untuk menggerakkan ahli-ahli dari seluruh negara bagi menyertai himpunan “Turun Anwar” yang dijadualkan berlangsung pada 26 Julai 2025 di Kuala Lumpur, tegas Ketua Penerangannya Harris Idaham Rashid.

Menurut beliau, sebelum itu, Armada juga akan terlibat secara aktif dalam program-program kempen bagi menggerakan ketumbukan anak muda dan rakyat Malaysia bagi menyertai himpunan tersebut.

“Himpunan ini adalah simbol penolakan rakyat, khususnya anak muda terhadap kegagalan Kerajaan Madani dalam menangani isu kos sara hidup dan membela kepentingan rakyat terbanyak.

“Sudah tiba masanya anak muda bangkit menyatakan pendirian secara kolektif bahawa rakyat tidak boleh terus dibohongi dengan retorik dan pencitraan.

“Bermula Julai 2025, Armada akan menggerakan pendekatan turun ke lapangan menerusi siri jelajah dan libat urus secara langsung bersama rakyat, khususnya di kawasan-kawasan tumpuan. Langkah ini bertujuan memperkukuh hubungan akar umbi serta membawa suara anak muda terus ke tengah-tengah denyut nadi masyarakat,” katanya.

Beliau menambah, mesyuarat turut membincangkan beberapa isu semasa yang semakin menghimpit kehidupan rakyat, termasuk isu peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang menekan kos barangan dan perkhidmatan harian; kenaikan tarif elektrik yang memberi kesan rantaian kepada harga makanan dan keperluan asas dan subsidi bersasar bagi Petrol RON95 yang menimbulkan kegusaran besar dalam kalangan golongan B40 dan M40.

“Armada akan terus berdiri di barisan hadapan membawa suara rakyat dan memperjuangkan agenda reformasi sebenar yang berpaksikan keadilan, kecekapan dan keikhlasan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat