Koop Sahabat Umum 10 Peratus Agihan Dividen 2022 Kepada 452,728 Anggota

- Advertisement -

CYBERJAYA – Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (Koop Sahabat) Berhad, mengumumkan agihan keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 adalah sebanyak 10 peratus bersamaan RM 6.5 juta kepada 452,728 orang anggotanya berbanding 5.8 Juta pada tahun 2021.

Koop Sahabat juga telah mencatatkan keuntungan sebelum cukai berjumlah RM 12.6 juta, melonjak 25 peratus berbanding 10.1 juta pada tahun 2021.

Pengerusi Koop Sahabat, Mohd Najib Mohd Noor berkata, prestasi ini merupakan komitmen Koop Sahabat dalam menjaga kebajikan anggotanya yang merupakan usahawan wanita dalam kalangan B40 disamping dapat memberi keyakinan yang kukuh kepada bakal anggota daripada kalangan Sahabat Usahawan AIM.

“Kami percaya perniagaan Koop Sahabat yang kini meliputi perniagaan dalam Perkhidmatan Kewangan seperti Ar Rahnu, Pembangunan Hartanah, Pelaburan Korporat, Pelaburan Strategik serta pelaburan di dalam ekuiti awam akan terus berkembang dengan sokongan daripada anggotanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-10 di sini, hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Naib Pengerusi (Operasi dan Kawal Selia), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Puan Siti Azlin Ahmad Dauta. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Koop Sahabat, Mazri Mahmood.

Naib Pengerusi Eksekutif Operasi dan Kawal Selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia Siti Azlin binti Ahmad Dauta tengah menyempurnakan gimik pelancaran produk i Gold Personal Account i GPA semasa Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali ke 10 Koop Sahabat di Seberang Jaya Pulau Pinang

Pada majlis sama, Koop Sahabat juga melancarkan produk i-Gold Personal Account (i-GPA) iaitu produk emas digital patuh syariah dengan kerjasama KAB Goldynamic Sdn. Bhd. yang mampu membantu serta mengukuhkan kewangan masyarakat dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Beliau menambah, i-GPA memberi peluang kepada semua anggota masyarakat untuk memiliki simpanan emas digital mereka sendiri dan boleh ditukar kepada emas fizikal apabila simpanan telah mencukupi.

“i-GPA merupakan kaedah terbaharu kepada pekerja gig dan anak-anak anggota koperasi untuk membuat tabungan masa hadapan dengan memiliki emas dalam bentuk digital bagi membina dana kecemasan.

“Pembelian emas digital serendah RM 10, melayakkan anggota dan anak-anak anggota serta pengguna untuk memiliki simpanan mereka.,” tambahnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat