Ara sedang dilamun cinta?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Imej dan penampilan penyanyi Ara Johari yang bertukar menjadi lebih feminin menimbulkan persepsi sedang dilamun cinta.

Namun, penyanyi kelahiran program realiti, Akademi Fantasia pada 2016 itu menafikannya.

Ara yang muncul dengan single terbaharu berjudul Tetap Aku Cinta mengakui, sedang berkawan dengan seseorang, namun belum sampai tahap serius.

“Saya tampil dengan imej lebih feminin bukan kerana dilamun cinta. Namun, ia atas saranan rakan baik yang mendorong saya supaya peka terhadap fesyen masa kini yang sesuai.

“Saya memang minat dengan fesyen K-Pop dan ingin terus mencuba. Alhamdulillah, nampaknya sangat sesuai dan peminat juga menerima dengan baik,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang popular dengan lagu Warkah itu berkata, dia tidak akan berselindung andainya bertemu dengan calon suami.

“Jika bertemu jodoh yang sesuai, saya pasti tidak akan berahsia,” katanya yang sebelum ini pernah dikenali dengan gaya ala-tomboy.

Bercerita mengenai single Tetap Aku Cinta, Ara berkata, single ciptaan Amy Bong, Nahruf dan MFMF itu menyaksikannya berkongsi idea sebagai penulis lirik.

Bagaimanapun, Ara menafikan single berkenaan mengenai kisah peribadinya.

“Saya menulis lirik bersama Amy Bong. Single ini bergenre balada rock moden. Saya merakamkan single Tetap Aku Cinta pada November, tahun lalu.

“Lirik lagu ini tiada kaitan dengan hidup saya. Namun, setiap insan pasti ada bingkisan cerita dalam kehidupan, begitu juga saya.

“Single ini jika menyanyi kosong tanpa ‘feel’ agak sukar untuk menghayatinya. Saya percaya setiap manusia ada kisah cinta tersendiri, jadi saya mahu karya ini sampai ke dasar hati pendengar,” katanya.

 

Ara Johari menyepi bukan disebabkan merajuk atau tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan. - Foto Ara Johari
Ara Johari menyepi bukan disebabkan merajuk atau tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan. – Foto Ara Johari

 

Dalam pada itu, Ara atau nama sebenarnya, Nurfarrah Izzatie Johari berkata, dia dan syarikat pengurusan, Rocketfuel Entertainment mengambil agak masa menyiapkan single berkenaan berikutan pandemik COVID-19.

“Tiada istilah saya menyepi sebab merajuk atau tertekan kerana sering berdepan dengan kontroversi yang kurang menyenangkan.

“Saya tidak pernah bawa diri, ini semua salah faham. Saya masih aktif menyanyi, jika tidak percaya boleh periksa akaun Instagram (IG).

“Cuma, saya mengambil masa lebih sedikit untuk memilih karya terbaik untuk single baharu ini. Pada masa sama, saya sibuk menguruskan restoran.

“Lagi pula, nak rakam video muzik agak terbatas disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi, banyak kali penggambaran ditunda,” katanya.

Penyanyi lagu Bunga itu menegaskan, dia tidak akan sesekali mengalah dalam perjuangannya.

“Apa yang pernah dialami dalam pacuan kerjaya tidak pernah membuatkan saya putus asa. Inilah kerjaya dan masa depan dalam kehidupan saya,” katanya.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat