Segalanya Sudah Disusun Untuk Menangkan Nurul Izzah – Rafizi

- Advertisement -

Menteri Ekonomi Rafizi Ramli mendakwa pertembungan antaranya dengan Nurul Izzah Anwar bagi merebut jawatan timbalan presiden PKR berlaku di atas padang yang tidak sama rata.

Penyandang kerusi timbalan presiden PKR itu mendakwa dia bertembung Nurul Izzah dalam keadaan segalanya disusun bagi memenangkan anak kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim itu.

Katanya, titik persamaan antaranya dengan PKR Sarawak ketika ini ialah masuk pertanding pasti kalah.

“Isyarat itu telah jelas, keseluruhan parti telah digerakkan agar saya kalah dengan Nurul Izzah…memang jelaslah, tak ada masalah.

“Saya datang (Sarawak) bukan nak kata tolonglah bagi saya menang, itu hak masing-masing. Saya masuk (pemilihan) saya menerima hakikat kalau saya menang, dunia akan kiamat.

“Gila ke apa kau menang…dalam keadaan segala-galanya telah disusun, ini sebenarnya pertandingan atas padang tak sama rata,” katanya dalam ceramah siri jelajah Hiruk di Sarawak, malam tadi.

Sebelum ini, Rafizi menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi jika gagal mempertahankan jawatannya dalam pemilihan PKR kali ini.

Mengakui dia sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, menteri ekonomi itu berkata dia akan mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

Sementara itu Rafizi semalam berkata keputusan bertanding dalam pemilihan kali ini adalah “berani mati” dalam keadaan dia tahu akan kalah berdepan Nurul Izzah.

Malah, katanya kenyataan pemimpin PKR yang secara terbuka menyatakan sokongan kepada Nurul Izzah sebelum ini adalah bertujuan melemahkannya supaya dia menarik diri daripada menyertai pertandingan itu.

Namun kata Rafizi dia seorang yang keras kepala dan tidak akan beri kemenangan percuma kepada lawannya.

“Saya ingat awal itu, isyarat yang digerakkan supaya saya kononnya patah hati tak apalah saya tak bertanding, jadi (NUrul Izzah) menang tanpa bertanding. Jadi masalah kerana saya keras kepala.

“Saya tahu masuk pertandingan ini berani mati, tak ubah macam saudara-saudari dekat Sarawak. Masuk bertanding menang belum tentu, kalah confirm,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat