Fu Wa dan Feng Yi Pulang ke China, Malaysia Bakal Terima Pasangan Panda Baharu

- Advertisement -

SEPANG, – Malaysia hari ini mengucapkan selamat pulang kepada dua Panda Gergasi, Fu Wa dan Feng Yi, yang telah berada di negara ini sejak 2014, sebagai sebahagian daripada Projek Kerjasama Antarabangsa Konservasi Giant Panda antara Malaysia dan China.

Majlis pelepasan rasmi berlangsung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan disempurnakan oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad. Turut hadir, Ketua Setiausaha NRES, Datuk Dr. Ching Thoo a/l Kim, serta wakil dari Kedutaan Besar Republik Rakyat China (RRC).

Pasangan panda itu tiba di Malaysia pada 21 Mei 2014 hasil perjanjian yang dimeterai antara Malaysia dan China Wildlife Conservation Association (CWCA) pada 2012. Sepanjang berada di negara ini, Malaysia mencatat kejayaan besar dalam konservasi panda, termasuk kelahiran tiga ekor anak Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Ketiga-tiga anak panda tersebut telah dihantar pulang ke China secara berperingkat; Nuan Nuan pada 2017, manakala Yi Yi dan Sheng Yi pada 2023, selaras dengan syarat perjanjian.

Menariknya, hubungan konservasi ini diteruskan dengan pemeteraian perjanjian baharu pada 16 April 2025, bersempena Lawatan Negara Presiden China ke Malaysia, yang membolehkan Malaysia menerima pasangan Panda Gergasi baharu bagi tempoh 2025 hingga 2035.

“Kami menghargai semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan penghantaran pulang ini, termasuk Kementerian Luar Negeri, Jabatan Kastam, DVS, MAQIS, MASkargo dan MAHB,” kata Nik Nazmi.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama ini bukan sahaja simbol persahabatan erat antara Malaysia dan China, malah menyumbang kepada pemuliharaan spesies terancam dan peningkatan kapasiti penyelidikan negara.

Penghantaran pulang ini menjadi penutup bermakna kepada dekad pertama kerjasama panda antara kedua-dua negara, dan membuka lembaran baharu kepada usaha konservasi serta hubungan diplomatik Malaysia – China, seiring dengan tonggak Malaysia MADANI.

author avatar
Azie Saharuddin
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat