Pensyarah Wanita Rugi RM2.57 Juta Ditipu Sindiket Scammer

- Advertisement -

KUANTAN – Seorang wanita kerugian lebih RM2.5 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan yang menyamar sebagai ejen insurans.

Ketua Polis negeri, Datuk Yahaya Othman berkata, mangsa berkenaan berusia 52 tahun dan bekerja sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sini.

Menurutnya, berdasarkan hasil siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, mangsa kehilangan hampir kesemua wang simpanan membabitkan dua akaun banknya.

“Berdasarkan siasatan awal, Januari lalu mangsa menerima panggilan telefon menyatakan terlibat dengan tuntutan insuran palsu dan penggubahan wang haram.

“Kemudiannya, mangsa diminta membuka dua akaun bank untuk akaun siasatan dan turut diarahkan memindahkan wang dari akaunnya ke akaun yang baharu dibuka.

“Suspek meminta mangsa untuk memberi maklumat perbankan miliknya beserta gambar kad ATM dan kata laluan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, Yahya berkata, mangsa mula merasa ditipu setelah gagal menghubungi suspek .

Katanya lagi, dalam masa yang sama mangsa mendapati wang yang dipindahkan sebanyak RM2.57 juta ke akaun sementaranya juga tidak diperolehi.

“Mangsa membuat laporan polis semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, kesalahan menipu,” katanya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat