‘Rumah tangga Ellie, Azri sudah lama bermasalah’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Ellie Suriaty Omar, 52, menyifatkan tiada lagi persefahaman menjadi punca rumah tangga dibina bersama aktor, Azri Iskandar selama 19 tahun berakhir.

Pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur, hari ini.

Bercakap kepada BH Online, pengarah filem Penanggal itu bagaimanapun enggan mendedahkan punca perpisahan kerana menyifatkannya terlalu peribadi untuk dikongsi.

Namun, Ellie tidak menafikan, rumah tangganya bersama Azri sudah lama bermasalah, malah, mereka sudah mempertimbangkan membawa haluan hidup masing-masing sejak empat tahun lalu, sebelum Ellie memfailkan perceraian pada 22 April lalu.

“Sudah pelbagai usaha dan tawakal yang dilakukan bagi menyelamatkan perkahwinan, tetapi tidak berhasil.

“Saya reda dengan ketentuan takdir. Ini kerana bukan kami tidak berusaha menyelamatkannya.

“Kami sedaya upaya menyelamatkannya demi anak-anak. Namun, jodoh dan pertemuan semuanya sudah tertulis,” katanya kepada BH Online.

 

Ellie dan Azri bersama dua cahaya mata, Azrell Omar dan Nur Azreen. – Foto Faceboook Ellie Suriaty

 

Mengulas penerimaan anak-anak terhadap perceraian, Ellie berkata, mereka tidak merahsiakannya, malah, bebas berkongsi pendapat mengenai keretakan rumah tangganya.

“Anak-anak bebas melontarkan pandangan. Ini kerana ia bukan antara saya dan Azri, tetapi mengenai kehidupan kami sekeluarga.

“Biarpun tidak bergelar suami isteri, tetapi saya tetap menghormati Azri sebagai bapa kepada anak-anak saya.

“Lagipun, kami sudah hidup bersama selama 19 tahun, tentulah banyak pengalaman, kenangan dan saat manis yang dikongsi bersama serta tidak boleh digantikan dengan wang ringgit,” katanya.

Ellie dan Azri mendirikan rumah tangga pada 2003. Menerusi perkahwinan selama 19 tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18, dan Nur Azreen, 13.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat