PH Bakal Terkubur Bersama Anwar – Khairuddin

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Pengasas Bersama Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Pakatan Harapan yang kini diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, bakal berhadapan dengan kehancuran.

Menurutnya, Anwar sebelum ini telah beberapa kali membuktikan bahawa beliau merupakan seorang pemimpin politik yang gagal dan sudah tidak relevan dalam arena poltik tanah air.

Parkara ini dapat dilihat pada partinya sendiri, PKR yang mengalami kerosakan teruk sehingga berpecah dua akibat kelemahan pada kempimpinan Anwar sendiri yang disifatkan oleh Khairuddin sebagai mabuk kuasa untuk menjadi Perdana Menteri.

“Saya amat yakin PH yang diterajui oleh anwar ibrahim sebagai pengerusi baru akan menempa jalan kejatuhan yang lebih teruk!!

“Anwar ibrahim tidak boleh memimpin kerana hatinya tidak ikhlas serta dia amat rakus kuasa!! Sandiwara dan politik dalaman anwar ibrahim terlalu kotor!!

“Sehingga kini, anwar ibrahim masih berangan dan bermimpi di siang hari untuk jadi perdana menteri malaysia.

“Beliau gagal memahami bahawa dirinya sudah tidak relevan lagi pada realitinya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Khairuddin, kemenangan PH pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lepas juga adalah disebabkan ketokohan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berjaya merampas kerajaan daripada Barisan Nasional ketika itu, bukan daripada pengaruh Anwar.

Sebaliknya, Anwar membuktikan dirinya seorang pemimpin pembangkang yang gagal memenangi empat musim Pilihan Raya Umum ketika mengetuai pakatan pembangkang sejak PRU ke-10 pada tahun 1999 hingga PRU ke-13 pada tahun 2013.

“PH kuat pada PRU ke-14 yang lepas kerana kekuatan aura Tun Mahathir yang menerajui gagasan ini.

“Ini faktor utama PH berjaya menumbangkan BN buat kali pertama dalam sejarah politik negara,” katanya.

Dalam masa sama, Khairuddin yang turut mengasaskan PPBM bersama Tun Dr Mahathir berharap agar bekas Perdana Menteri ke-4 dan ke-7 itu diberikan penghormatan tertinggi sebagai seorang tokoh negarawan.

“Pada realitinya, Tun Mahathir adalah seorang tokoh negarawan yang rasional, berpandangan jauh dan meletakkan agenda membina malaysia baharu di atas segala-galanya.

“Jangan izinkan anwar ibrahim mempergunakan Tun Mahathir untuk menguatkan kedudukannya yang akhirnya dia akan mengecewakan tokoh negarawan ini lagi.”

 

author avatar
HAIZAL YATIRAN
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat