MEDAC LANCAR PELAN PEMULIHAN USAHAWAN DAN KOPERASI PASCA PKP

- Advertisement -

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan bagi melancarkan Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi bagi membantu usahawan PKS selepas tamat tempoh PKP nanti.

Menurut Menterinya, Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, pelan ini bertujuan menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan, memulihkan operasi perniagaan usahawan dalam tempoh segera, dan memastikan usahawan kekal berdaya saing dan mampan.

Pelan ini mengandungi 30 program yang akan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu jangka masa pendek (immediate measure) bermula Mei hingga Disember 2020 dan jangka masa sederhana bermula Januari 2021 hingga Mei 2021.

Seramai lebih 20,000 usahawan yang merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil sederhana, koperasi dan sektor informal akan menerima manfaat daripada pelaksanaan pelan ini.

MEDAC juga telah membawa 19 program dan inisiatif baharu kepada Kementerian Kewangan yang di antaranya adalah permohonan penambahan dana bagi TEKUN Nasional dan agensi-agensi di bawah MEDAC.

Penambahan dana bagi TEKUN Nasional ini perlu dilaksanakan berikutan MEDAC menerima jumlah permohonan pembiayaan yang banyak daripada usahawan-usahawan PKS di seluruh negara. Kerajaan akan terus komited untuk membantu usahawan-usahawan yang terjejas kembali memulakan perniagaan supaya ekonomi negara dapat berkembang lebih baik.

Selain itu, MEDAC juga telah memulakan kerjasama strategik dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi melaksanakan program keusahawanan belia terutamanya dalam kalangan pelajar dan graduan IPT serta belia yang kehilangan pekerjaan akibat penularan wabak covid19.

Antara inisiatif yang akan dilaksanakan nanti adalah program keusahawanan dalam bidang pertanian yang memanfaatkan teknologi terkini seperti fertigasi dan program Mobilepreneur yang memberi peluang pekerjaan kepada belia.

Pelaksanaan program-program ini akan menggunakan pembiayaan yang disediakan melalui agensi-agensi MEDAC seperti TEKUN Nasional.

Justeru, sebagai Kerajaan yang prihatin, pelaksanaan inisiatif baharu ini diharap dapat menggerakkan semula aktiviti perniagaan PKS dan Mikro untuk menyumbang kepada pembangunan ekosistem ekonomi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat