Bukan mahu aibkan penceroboh tapi buktikan Kerajaan Pahang serius – Wan Rosdy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tindakan Kerajaan Pahang membawa kes pencerobohan tanah dan perlombongan haram terus ke mahkamah tanpa dikenakan kompaun dilakukan bukan untuk mengaibkan individu atau pihak tertentu.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, menegaskan tindakan itu untuk mendidik supaya masyarakat dapat melihat bahawa kerajaan negeri serius dalam dalam menangani kes terbabit.

“Baru-baru ini, dua individu di Lipis, masing-masing dikenakan denda yang tinggi iaitu RM100,000 seorang berbanding sebelum ini kompaun RM20,000 dan RM30,000.

“Cara (tindakan) membawa kes ke mahkamah bukan untuk mengaibkan tetapi untuk mendidik masyarakat supaya orang ramai dapat melihat bahawa kerajaan negeri sangat serius berhubung penerokaan dan pencerobohan tanah haram atau aktiviti haram lain seperti melombong dan sebagainya,” lapor media di Kuantan.

Wan Rosdy berkata demikian pada sidang media selepas Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri Pahang, pada Jumaat.

Istiadat itu disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kerajaan negeri menjunjung kasih titah baginda yang berbangga dan menzahirkan penghargaan atas usaha kerajaan negeri bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) yang mengambil tindakan tegas di lapangan termasuk membuat tangkapan, memotong pokok yang ditanam secara haram dan juga menutup lombong yang dibuka tanpa rasa malu dan takut.

“Tindakan menghalang penjawat awam menjalankan tugas tidak boleh dilakukan dan titah baginda adalah tepat,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat