Tol Rahmah percuma mulai Rabu

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kerajaan Perpaduan bersetuju melaksanakan beberapa ikhtiar khas bagi meringankan beban serta memberi kegembiraan kepada rakyat sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

Perdana Menteri hari ini mengumumkan, kerajaan bersetuju melaksanakan Tol Rahmah percuma iaitu pengecualian bayaran tol selama empat hari untuk dinikmati oleh semua pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri ini.

“Tol Rahmah percuma akan bermula dari 19 April 2023 (Rabu) hingga 21 April 2023 (Jumaat) dan juga pada 24 April 2023 (Isnin).

“Pelaksanaan Tol Rahmah percuma akan melibatkan 33 lebuh raya bagi semua kelas kenderaan,” katanya pada Selasa.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, ikhtiar ini dapat mengurangkan kos bayaran tol bagi rakyat yang akan pulang beraya di kampung halaman masing-masing serta memudahkan perancangan perjalanan balik ke kampung.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat