Kadar Khas RM50 Saman Polis Sebulan, Pelepasan Banduan -PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memberikan Kadar Khas Bayaran Saman bermula 21 April sehingga 21 Mei 2023 bagi semua saman trafik PDRM (kesalahan tahun 2022 dan sebelumnya).

Perdana Menteri Datuk Seri Anawr Ibrahim mengumumkan, setiap saman boleh dilunaskan dengan kadar harga RM50 dan kadar khas ini tidak terpakai bagi saman trafik yang dikeluarkan pada tahun 2023. Walaupun begitu, PDRM komited untuk terus memastikan keselamatan jalan raya pada tahap yang optimum terutamanya pada musim perayaan.

“Maka, bagi memastikan kelancaran perjalanan pengguna jalan raya sempena Hari Raya Aidilfitri ini, PDRM akan melaksanakan Op Lancar pada 18 and 19 April 2023 dengan memfokuskan kepada laluan yang dijangka mengalami kesesakan.

“Selanjutnya, Op Selamat 20 pula akan dilaksanakan bermula 20 April 2023 bagi tempoh tujuh hari dengan tema ‘Rumah Selamat, Selamat Sampai ke Destinasi’,” katanya pada Selasa.

Bagi tujuan ini, jelas beliau PDRM juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain termasuk RELA dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk memastikan laluan-laluan ‘hotspots’ seperti susur masuk dan keluar di plaza tol misalnya, tidak mengalami kesesakan lalu lintas.

Dalam perkemabngan lain, Anwar juga berkata, sempena Aidilfitri yang mulia, Jabatan Penjara Malaysia akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani (Kepulangan Yang Dinanti).

“Ikhtiar ini memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta selain penghuni agama lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan.

“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia melibatkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang bulan Ramadan dan Syawal,” umum beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat