1. Sebelum saya menulis panjang Article ini, terlebih dahulu saya minta maaf kepada nama-nama individu yang di sebut di sini.
Article ini amat kritikal dan tajam kerana saya bertujuan mengupas masalah sebenar parti BERSATU yang banyak orang luar, orang-orang Melayu tidak tahu.
Ramai rakan-rakan politik saya marahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU yang di tuduh memecah-belahkan parti BERSATU dengan memecat Dato’ Seri Hamzah Zainuddin, Dato’ Saifuddin, Wan Saiful, Waf dan lain-lain.
Tuduhan di lemparkan kepada Tan Sri Muhyiddin seolah-olah Tan Sri seorang Presiden parti yang tidak boleh di kritik langsung. Tidak boleh di tegur dan tidak boleh orang lain beri pandangan.
2. Hamzah pula apabila di pecat, memberi gambaran seolah-olah dia tidak tahu kenapa dia di pecat. Dan pemecatan ini adalah satu tindakan yang kejam serta Tidak Demokratik terhadap dirinya.
Pasukan Media Sosial Hamzah memainkan Naratif kononnya Hamzah seorang Hero Parti BERSATU.
Pemecatan Hamzah menyebabkan ramai Ketua Bahagian letak jawatan dan bubarkan Bahagian.
Hamzah juga di gambarkan pemimpin yang paling layak menerajui BERSATU untuk menghadapi Pilihanraya Umum ke 16.
Hamzah juga di gambarkan mendapat sokongan dari Parti PAS bukan Tan Sri Muhyiddin.
Pelbagai Naratif di mainkan di Media Sosial oleh Pasukan Hamzah bagi menunjukkan parti BERSATU kini kucar-kacir, hampir tengelam, berpecah-belah dan berada dalam keadaan tenat di bawah kepimpinan yang lemah di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Hakikatnya, ini tidak benar.
Tan Sri Muhyiddin juga di gambarkan seorang Diktator yang tidak mahu mengundurkan diri walaupun khabarnya lebih 50% Ketua-Ketua Bahagian minta Tan Sri berundur.
Ini juga TIDAK BENAR.
DI MANA SALAH DAN SILAPNYA.
3. Di mana salah dan silapnya.
Pertama, Hamzah Zainuddin di Mesyuarat Agong Tahunan BERSATU yang lalu telah di bantu oleh Tan Sri Muhyiddin untuk menjawat jawatan Timbalan Presiden.
Tan Sri berjaya memujuk Azmin Ali agar tidak mencabar Hamzah untuk jawatan Timbalan Presiden. Peja pula berundur diri ke jawatan Naib Presiden untuk beri laluan kepada Hamzah.
Di PAT BERSATU itu, Hamzah menzahirkan sokongan tidak berbelah-bagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Di dalam ucapan Hamzah, Hamzah lafaskan bahawa dia adalah penyokong No. 1 kepada Tan Sri Muhyiddin.
FAST FORWARD, apabila Hamzah di pecat, tiba-tiba Hamzah lafaskan Tan Sri adalah MUSUH NO.1 dirinya.
Kenapa Hamzah di pecat ?
Dua perkara besar kenapa Hamzah di pecat dari parti BERSATU adalah kerana ;
(i). Mengadakan Perjumpaan dengan Presiden UMNO bersama Setiausaha Agong PAS di Bangkok, Thailand bagi membincangkan Rancangan mahu menumbangkan Kerajaan PM Anwar Ibrahim dan menubuhkan Kerajaan Baru BN-PN dan GPS Sarawak tanpa persetujuan Presiden dan Ahli-Ahli Pimpinan Tertinggi BERSATU.
Selain daripada itu, di percayai turut di rancang bagaimana sebaik mungkin untuk Hamzah mengambil alih kepimpinan parti BERSATU, agar memudahkan rancangan ini berjaya.
Cara paling mudah, usaha gulingkan Presiden BERSATU.
(ii). Hamzah dan pasukan politiknya memulakan gerakan mahu mengulingkan Presiden BERSATU agar Hamzah dapat mengambil alih keimpinan parti BERSATU.
4. Inilah punca pemecatan Hamzah Zainuddin dari parti BERSATU.
Mana mungkin, seorang Presiden boleh benarkan Timbalan beliau hari-hari senyum di hadapan Presiden dan hari-hari nyatakan sokongan kepada Presiden. Tetapi di belakang Presiden, mengasah Keris panjang untuk menikam Presiden.
Kuda-kuda Trojan di gunakan untuk menyusup mssuk ke dalam parti BERSATU bagi menghancurkan BERSATU dari dalam
BENARKAH TAN SRI MUHYIDDN SEORANG DIKTATOR ?
5. Ini merupakan satu tuduhan yang amat berat.
Benarkah Tan Sri Muhyiddin seorang Diktator dan berpegang pada jawatan Presiden selama-lamanya ?
Ini adalah satu TUDUHAN LIAR dan BERNIAT JAHAT.
Kerana ramai yang tidak tahu pada ketika perbincangan berjalan di Dubai untuk LANGKAH DUBAI ataupun DUBAI MOVE, Hamzah telah nyatakan kepada Tan Sri Muhyiddin bahawa dia mempunyai Nombor yang cukup di kalangan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional dan Barisan Nasional (he has the numbers) untuk mengulingkan Kerajaan Perpaduan PM Anwar Ibrahim.
Hamzah pada ketika itu meminta Tan Sri Muhyiddin menanda-tangani Surat Akuan Bersumpah (SD) untuk bersetuju menamakan Hamzah sebagai Calun Perdana Menteri yang baru.
Untuk Rekod, Tan Sri Muhyiddin bersetuju dan telah tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah tersebut.
Sekiranya tuduhan Tan Sri seorang Diktator itu benar, sudah pasti Tan Sri Muhyiddin tidak akan tanda-tangan Surat Akuan Bersumpah tetsebut bagi membenarkan Hamzah jadi Perdana Menteri ke 11 Negara.
Ini membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin TIDAK GILAKAN KUASA ataupun JAWATAN PERDANA MENTERI malah pada ketika itu amat mempercayai Dato’ Seri Hamzah Zainuddin.
Malangnya, Hamzah memperjudikan kepercayaan ini dengan mahu menikam Tan Sri Muhyiddin dari belakang.
DUBAI MOVE GAGAL kerana di percayai 2 wakil dari parti PAS yang pergi berjumpa dengan Premier Sarawak untuk mendapatkan sokongan buat Hamzah telah di tolak.
Khabarnya, Premier Sarawak yang juga merupakan Ketua Parti Gabungan GPS Sarawak tidak bersetuju Hamzah di pilih sebagai Calon Perdana Menteri.
Dato’ Saiful Bahar Arshad
Penganalisa Isu Politik,
17 Mac 2026.



