China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq

BEIJING – China mengumumkan penyaluran bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Iran, Jordan, Lubnan dan Iraq bagi membantu rakyat yang terjejas akibat krisis kemanusiaan yang semakin meruncing di Asia Barat.

Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata bantuan tersebut bertujuan mengurangkan kesulitan yang dihadapi penduduk di negara-negara berkenaan.

“Kami berharap bantuan itu dapat mengurangkan kesukaran kemanusiaan yang dihadapi rakyat di rantau tersebut,” katanya pada Selasa.

Menurut laporan Bernama, krisis semasa di Asia Barat disifatkan oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sebagai “kecemasan kemanusiaan serius” yang telah menyebabkan lebih 25 juta orang menjadi pelarian di seluruh rantau itu.

Iran dilaporkan mengalami kehilangan nyawa yang besar, manakala kira-kira 800,000 penduduk di Lubnan terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Jordan dan Iraq turut terjejas akibat kesan konflik yang berterusan.

Lin berkata China berpegang teguh kepada konsep komuniti berkongsi nasib sesama insan serta menjunjung semangat internasionalisme dan kemanusiaan dalam menangani krisis tersebut.

“China berdukacita dan menyampaikan rasa simpati kepada rakyat Iran serta negara-negara di rantau itu,” katanya.

Beliau menambah bahawa China akan terus berusaha mendorong usaha gencatan senjata, memulihkan keamanan serta mengelakkan krisis kemanusiaan daripada terus merebak di Asia Barat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat