LTDL 2024 kembali ke Langkawi, tamat di Sarawak

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Salah satu perlumbaan basikal berprestij di Asia iaitu, PETRONAS Le Tour De Langkawi 2024 (LTDL 2024) disahkan bakal bermula di Langkawi dan berakhir di Sarawak.

Untuk edisi ke-28 ini sudah semestinya tampil dengan kelainan apabila pulau legenda, Langkawi, kembali tersenarai dalam laluan perlumbaan.

Pada masa yang sama, peminat sukan perlumbaan basikal bakal menyaksikan dua peringkat perlumbaan yang bakal dilangsungkan di Sarawak buat julung kalinya.

Berdasarkan kenyataan media yang dikeluarkan, LTDL 2024 dijadualkan bermula pada 29 September sehingga 6 Oktober 2024.

Laluan perlumbaan pula melibatkan 11 negeri yang menjadi tuan rumah garisan permulaan dan penamat, dengan tiga bandar yang bakal menjadi hos buat kali pertama. Antaranya, dua bandar di Sarawak iaitu di Miri dan Bintulu serta bandar Kulai di Johor.

Sementara itu, Majlis Sukan Negara (MSN) telah dipilih sebagai penganjur selepas kejayaan cemerlang bagi penganjuran perlumbaan untuk edisi terdahulu.

Dalam sidang media, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, turut mengumumkan keputusan mengekalkan tema perlumbaan ‘Beat The Heat’.

Penganjur juga telah memenuhi permintaan daripada WorldTeams dan ProTeams untuk menambah lebih banyak laluan berbukit.

Keputusan ini diakui telah menarik minat dan mencetuskan persaingan sengit dalam kalangan pelumba bagi memenangi edisi kali ini.

“Petronas LTDL 2024 akan melakukan dua penamat yang mencabar, membabitkan pendakian berturut-turut (back to back mountain climbs) bagi peringkat ketiga di Cameron Highlands, diikuti pendakian ke Genting Highlands untuk peringkat keempat.

“Pelumba-pelumba bakal diuji dengan jarak perlumbaan hampir 200 km untuk peringkat ketujuh dari Miri ke Bintulu yang menyediakan peluang membuat pemecahan (breakaway) dan mampu jadi penentu juara keseluruhan Petronas LTDL kali ini,” jelas pihak penganjur perlumbaan menerusi kenyataan media.

Selain itu, tiga pasukan berbasikal dari Malaysia dijangka bakal mengambil bahagian dalam perlumbaan edisi kali ini. Antaranya, Pasukan Berbasikal Lebuhraya Kebangsaan, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG) dan Malaysia Professional Cycling (MPC).

Pada edisi tahun lepas, pelumba TSG, Mohd Aiman Zarif dan Nurul Amirul Fakhruddin berjaya mengungguli jersi Raja Bukit pada peringkat pertama dan kedua.

Manakala, pelumba pasukan kebangsaan, Nur Aiman Zarif berjaya mendapat gelaran Pelumba Terbaik Asia pada peringkat ketiga perlumbaan.

Kementerian Belia dan Sukan juga mengalu-alukan sokongan tambahan daripada penaja-penaja korporat dengan jaminan pulangan pelaburan (ROI) yang bersesuaian demi memastikan kejayaan penganjuran Petronas LTDL 2024 pada kali ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat