PRU-15 boleh tunggu dulu – Khairy

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mendengar pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan kesihatan awam sebelum menjalankan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Menurut beliau, Malaysia sedang menuju fasa peralihan endemik dan pilihan raya adalah satu perkara yang boleh ditangguhkan.

“Saya bercakap sebagai Menteri Kesihatan, wajar kita tunggu dulu (PRU-15) sehingga keadaan kesihatan awam stabil. Saya lihat semangat Presiden UMNO (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) betul walaupun akar umbi parti mahukan pilihan raya awal tapi pada akhirnya kita serahkan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob).

“Perdana Menteri akan ambil kira pandangan, bukan saja soal pemulihan negara, perjanjian pembangkang untuk reformasi intitusi tapi Perdana juga akan dengar pandangan KKM berkaitan status kesihatan awam.

“Kita akan masuk fasa endemik, tapi lebih baik kita tangguh dulu perkara yang merumitkan ini. Pilihan raya umum ialah perkara yang boleh kita tangguhkan dulu sehingga keadaan kesihatan awam lebih stabil,” jelas Khairy dalam sidang media di WTC pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama Menteri Kesihatan itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana telah memberi pemahaman kepada Presiden UMNO berkenaan status kesihatan awam susulan daripada PRU-15.

“Kita ucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana memahamkan kepada Presiden.

“… dan kita serah perkara itu (PRU-15) kepada Perdana Menteri. Saya rasa itu jalan terbaik,” kata beliau.

Sementara itu Khairy menyebut KKM akan memantau kemasukan varian-varian baru susulan pembukaan sempadan negara yang bakal dilaksanakan pada 1 April ini.

“Kita nak tengok kesan daripada pembukaan ituu. Jangkaan kita tak akan ada tekanan kepada kesihatan awam.

“Tapi apa yang kita tak tahu ialah dari segi varian-varian baru yang mungkin muncul, ini perkara yang masih kita pantau. Jadi saya nak tengok dalam beberapa bulan lagi sama ada keadaan itu stabil ke tidak,” ulas Khairy.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat