Tabik spring untuk Azalina, tapi beranikah AG? – Puad

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi mengagumi ketegasan dan keberanian Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Memang salute kepada Azalina. Pertama menyatakan pendirian tegas bahawa legislatif lumpuh bila Parlimen digantung.

“Kedua, Azalina hantar surat kepada Peguam Negara dengan peringatan, tugas Peguam Negara ialah menjadi penasihat perundangan yang bebas kepada kerajaan,” catat Puad di Facebooknya, hari ini.

Senada dengan Azalina, Puad berkata, Peguam Negara mesti tidak takut dan tidak memihak.

“AG mesti saksama (impartial). Justeru Azalina mahu AG beri nasihat perundangan yang telus kepada Perdana Menteri.

“Tetapi beranikah AG? Semoga Tan Sri Idrus Harun ada hati nurani yang kuat. Kita tidak mahu Tommy Thomas 2.0.

“Azalina juga mahu Jawatankuasa Pilihan Khas (Select Committees) berfungsi ketika darurat. Betulkah Peguan Cara Negara tidak setuju?

“Azalina turut cadang supaya Kabinet sekarang digantung dan diganti dengan “Kabinet Khas Darurat” yang fokus kepada kementerian yang relevan sahaja,” jelas Puad.

Menurut beliau, sekarang “eksekutif” termasuk jemaah Menteri terlalu bebas mentadbir negara.

“ Tiada pertanggungjawaban Parlimen. Siapa boleh persoal bila kuarantin Menteri balik dari luar negara dikurangkan kepada tiga hari dari 10?

“Agaknya itu sebab Datuk Seri Rina Harun boleh buat kerja sambilan dan pejabatnya jadi tempat sesi fotogarfi menjadi model. Kalau ada Select Committee, Rina mungkin dihadapkan ke Jawatankuasa Pilihan Khas.

“Inisiatif Azalina wajar dipuji dan disokong. Tetapi kuncinya ialah Perdana Menteri.Tan Sri Muhyiddin Yassin yang “mengkucar-kacirkannya”. Beranikah AG? Soalnya. – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat