Saringan Covid-19 Lebih Cepat, KKM Akan Laksana Ujian Persampelan Air Liur – Dr Adham

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) akan memulakan ujian Cocid-19 dengan menggunakan persampelan air liur (deep throat saliva) dalam masa terdekat bagi membantu negara memerangi pandemik Covid-19, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Menurut beliau, penilaian oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) menunjukkan kaedah itu mempunyai sensitiviti sebanyak 96.67 peratus dan kaedah persampelan yang selamat serta tidak invasif berbanding berbanding persampelan ‘nasopharyngeal’ serta ‘oropharyngeal’ swab iaitu melalui hidung dan mulut.

“KKM telah mendapat kelulusan secara prinsip daripada IMR untuk gunakan kaedah persampelan guna air liur ini di fasiliti kesihatan iaitu hospital kerajaan terlebih dahulu.

“Persampelan COVID-19 melalui air liur ini juga akan mempercepat dan meningkatkan saringan COVID-19,” katanya.

Dr Adham turut menjelaskan, kaedah persampelan air liur itu bersifat “self-collected” iaitu dikumpul sendiri dan dijangka menjimatkan pemakaian penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE).

“Pesakit akan diminta mengeluarkan sendiri air liur ke dalam cawan spesimen dan cawan itu kemudiannya akan dihantar ke makmal untuk diuji.

“Sekarang, IMR sedang melengkapkan kajian penggunaan sampel air liur untuk ujian RTK antigen (RTK Ag),” katanya.

Namun ujarnya lagi, persampelan melalui hidung dan mulut masih lagi digunakan untuk mengesan Covid-19.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat