Muhyiddin Nak Jadi Menteri Kewangan Tapi Saya Pilih Lim Guan Eng – Mahathir

- Advertisement -

SHAH ALAM – Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dipilih menjadi Menteri Kewangan semasa Pakatan Harapan (PH) memerintah kerana berjaya menguruskan kerajaan Pulau Pinang dengan baik, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Yang hutang (Pulau Pinang) semua hapus. Kita pilih dia kerana dia ada kebolehan dalam bidang itu walaupun yang berminat hendak jadi Menteri Kewangan ini ialah Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tetapi saya bagi Guan Eng,” katanya di sini pada Rabu.

Perdana Menteri ketujuh itu berkata, pemilihan Guan Eng daripada parti DAP sebagai Menteri Kewangan pada masa itu juga berdasarkan senioriti pemimpin itu dalam parti berkenaan.

Malah, katanya, beberapa pemimpin senior lain daripada Parti Amanah Negara (Amanah), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut dipilih bagi mengisi jawatan penting dalam Kabinet.

“Berkenaan dengan Guan Eng. Dia ketua daripada parti DAP. Kita bagi senior post kepada ketua-ketua parti. Mohamad Sabu jadi Menteri Pertahanan. Muhyiddin (Bersatu) jadi Menteri Dalam Negeri.

“Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR) jadi Timbalan Perdana Menteri. Tak akan saya hendak bagi Menteri Kerja Raya kepada Guan Eng. Saya kena bagi kepada dia sesuatu yang senior,” katanya.

Mengulas pelantikan Tan Sri Tommy Thomas sebagai Peguam Negara pula, Dr Mahathir berkata, beliau memilih Tommy sebagai percubaan selepas jawatan itu sering dimonopoli peguam berbangsa Melayu.

“Saya hendak tengok kalau bukan Melayu ini apa dia boleh buat. Cuma dua tahun sahaja lepas dua tahun dia berhentilah. Jadi kita tengoklah dia buat apa.

“Banyaklah orang kata dia buat (perkara) yang tak kena tapi saya dapati dia patuh kepada peraturan dan undang-undang,” katanya. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,548FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat