25 Kematian Akibat Covid-19, 2,712 Jangkitan Baru Hari Ini

KUALA LUMPUR – Negara sekali lagi merekodkan kes kematian tertinggi akibat COVID-19 apabila sejumlah 25 lagi mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu.

Pertambahan kes kematian itu menjadikan angka korban dalam negara kini mencecah angka 1,030 sejak kematian pertama pada 17 Mac tahun lalu.

Dalam perkembangan sama, Malaysia turut merekodkan 2,712 lagi jangkitan baharu.

Angka tersebut menjadikan jumlah kes positif dalam negara berada di bawah 3,000 kes untuk lima hari berturut-turut.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dengan empat kes import itu bertambah kepada 274,875.

Sementara itu, angka kes sembuh baharu pula sekali lagi memberi kelegaan kepada rakyat Malaysia apabila terus catat pertambahan sebanyak 5,320.

Untuk itu, jumlah kes sembuh dalam negara kini 235,082 atau bersamaan 85.52 peratus.

Jumlah kes aktif terus menunjukkan trend penurunan kepada 38,763 dengan 227 pesakit berada di unit rawatan rapi termasuk 103 memerlukan bantuan pernafasan. – Awani

Topik Hangat

Kontroversi SMK Puncak Alam, KPM Serah Kepada Polis

CYBERJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung beberapa insiden membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam (SMKPA). SMKPA menjadi tumpuan...

Israel Arah Serang Pegawai Hamas Di Iran, Turki, Qatar dan Malaysia?

TEL AVIV - Kepimpinan Israel didakwa mengarahkan ejen perisikan negaranya iaitu Shin Bet dan Mossad untuk membunuh pegawai tertinggi Hamas di dalam dan luar...

Tel Aviv Dihujani 80 Roket Ketika Gaza Kebumikan 26 Mangsa Kekejaman Israel (VIDEO)

CYBERJAYA - Kota Tel Aviv di Israel dihujani sekitar 80 tembakan roket yang dilancarkan dari Tebing Gaza bagi membalas kekejaman Israel ke atasa...

Berita Berkaitan

Perancis Tuntut Penjelasan Selepas Israel Serang Bangunan Pejabat Media Di Palestin

PARIS - Perancis menuntut penjelasan dan alasan Israel terhadap serangan udaranya ke atas bangunan di Gaza yang menempatkan pertubuhan-pertubuhan media, kata Presiden Emmanuel Macron...

ADUN Akui Kebingungan Disahkan Positif Covid-19 Walaupun Sudah Divaksin

PETALING JAYA - ADUN Taman Medan, Syamsul Firdaus, disahkan positif Covid-19, walaupun selepas beliau lengkap menerima dua dos vaksin. Katanya, beliau menjalani ujian saringan Covid-19...

Jangkitan Covid-19 Naik Mendadak, Noor Hisham Rayu Masyarakat Kawal Pergerakan

KUALA LUMPUR - Peningkatan kes baharu COVID-19 secara mendadak sejak awal April lepas, telah memberi tekanan hebat kepada sistem perkhidmatan kesihatan negara, kata Ketua...