2.7 Juta LDV Picagari Sumbangan Etiqa Untuk Pelan Imunisasi Covid – Dr Adham Baba

- Advertisement -

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menerima sumbangan sebanyak 2.7 juta picagari khas Low Dead Volume (LDV) untuk vaksin Pfizer Comirnary yang akan digunakan bagi Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, melalui sumbangan ini, semua picagari LDV akan digunakan bagi pelaksanaan fasa satu pelan berkenaan yang melibatkan kira-kira 500,000 petugas barisan hadapan.

“Picagari terbabit adalah sumbangan daripada Etiqa Family Takaful Berhad yang bernilai RM891,000.00 di mana tahun lalu, Etiqa Family Takaful Berhad telah membuat sumbangan sebanyak RM10 juta kepada Tabung Sumbangan Perubatan Covid-19 dan pada tahun 2021.

“Sumbangan ini setidak-tidaknya dapat membantu usaha-usaha Kerajaan Malaysia dalam menangani pandemik Covid-19 di Malaysia serta menjadi contoh yang baik kepada syarikat-syarikat korporat yang boleh turut sama dalam membantu kerajaan.

“Kementerian Kesihatan Malaysia ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terus memberikan sumbangan bagisama-sama menjayakan pelaksanaan Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan,” katanya, dipetik dari kenyataan media hari ini.

Dr. Adham berkata, ramai yang menantikan ketibaan vaksin Covid-19 pada Ahad ini serta Pelancaran Pelan Imunisasi Covid-19 Kebangsaan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 26 Februari ini.

“Pelan ini akan dilaksanakan melalui tiga fasa bermula Februari ini dan dijangka berakhir pada suku tahun pertama 2022,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat