MARA fokus program pembangunan miskin bandar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memfokuskan program pembangunan miskin bandar pada 2024.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, justeru antara intipati penting Mesyuarat Majlis MARA kali-1 bagi tahun 2024, adalah untuk memfokuskan program-program pendidikan MARA termasuk TVET dan pembangunan usahawan kepada kumpulan sasaran golongan miskin dan berpendapatan sederhana yang tinggal di bandar.

Kata beliau, daripada 21 juta populasi Bumiputera, 14 juta atau hampir 70 peratus berada di Bandar iaitu 16.4 juta orang berbanding 6.9 juta yang tinggal di kawasan Luar Bandar.

“Hari ini rata-rata kemiskinan bandar adalah lebih parah situasinya berbanding luar bandar.

“Kami juga berbincang untuk memastikan kemasukan ke MRSM sesi 2024 kali ini diutamakan golongan B40 dan M40 yang punya tanggungan keluarga yang besar,” katanya.

Tambah beliau, Insya-Allah melalui agenda 3P (penyertaan, pemilikan dan penguasaan) dan budaya yang diperkenalkan 3iP (integriti, ihsan, inovatif dan profesionalisme, MARA akan memastikan agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan dimartabatkan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat