UMNO Alor Setar Akan Cabar Keputusan Tiada Pertandingan ‘Top 2’ Di JPPM

- Advertisement -

CYBERJAYA – UMNO Bahagian Alor Setar dilaporkan akan mencabar keputusan tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang sebelum ini diluluskan pada perhimpunan agung parti itu di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Memetik laporan FMT, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian, Ahmad Shokri Yaacob berkata bantahan itu akan dibawa ke perbincangan peringkat bahagian ‘dalam masa terdekat’.

“Kita akan hantar bantahan kepada JPPM.

“Kita bantah bukan nak khianat sesiapa tapi kita nak pastikan demokrasi dalam Umno subur dan setiap tindakan dilakukan perlulah mengikut perlembagaan,” katanya,

Terdahulu semalam, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilapor berkata usul tambahan mengenai jawatan presiden dan timbalan presiden itu “tidak sah” dan “bertentangan dengan perlembagaan parti”, dan ahli yang tidak bersetuju berhak merujuk perkara itu ke JPPM.

Menurut beliau berkata apa yang diluluskan dalam perhimpunan agung tidak boleh bertentangan dengan perlembagaan parti, yang menyebut pemilihan mesti dilakukan tiga tahun sekali atau sepanjang tempoh dibenarkan penangguhan.

Dalam laporan sama, Shokri yang juga salah seorang perwakilan pada PRU 2022 minggu lalu mendakwa tidak semua ahli yang bangun menyokong usul tersebut bersetuju jawatan “top two” tidak dipertandingkan, tetapi tidak mahu dituduh ‘jahat’.

“Selepas balik ke kawasan mereka bersuara dan kedengaran mereka menentang jawatan presiden dan timbalan tak dipertandingkan,” katanya.

Shokri yang menyifatkan dirinya sebagai ‘orang lama’ dalam UMNO, dan menurutnya pernah melalui pelbagai ‘krisis’ dalaman termasuk ketegangan antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah pada 1988.

“Krisis kepercayaan di akar umbi sekarang lebih teruk. Saya bimbang dalam mesyuarat akan datang tidak ada suara yang akan datang untuk bermesyuarat.

“Kita kena bagi balik mandat kepada akar UMNO – siapa yang mereka nak memimpin parti. Dulu kita ghairah desak supaya PRU diadakan cepat, sepatutnya pemilihan parti juga begitu,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat