Ketua Pendakwaan Kes 1MDB Dimasukkan Ke ICU Akibat Jangkitan Di Paru-paru

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Timbalan Pendakwa Raya Kanan, Datuk Seri Gopal Sri Ram dilaporkan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta pada Rabu.

Beliau yang juga ketua pendakwaan bagi kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak menerima rawatan di hospital kerana jangkitan paru-paru.

Menurut sumber yang dihubungi media menerusi aplikasi WhatsApp, beliau mengesahkan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan yang berusia 79 tahun itu berada di hospital.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Pada 23 November tahun lalu, semasa prosiding kes rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB, pasukan pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pemeriksaan utama membabitkan saksi utama kes akan dikendalikan oleh Sri Ram.

Bagaimanapun, mahkamah dimaklumkan Sri Ram sedang bercuti tiga hari kerana demam.

Sejurus itu, Sri Ram kembali bertugas seperti biasa dan hadir di mahkamah untuk prosiding-prosiding kes di mahkamah lain. – Sinar

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat