Lelaki asyik guna telefon bimbit ditahan langgar sekatan jalan raya

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Akibat asyik menggunakan telefon bimbit ketika memandu, seorang lelaki ditahan selepas melanggar sekatan jalan raya Op COVID-19 di Jalan Klang Lama di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata perbuatan lelaki berumur 40 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi itu mengakibatkan papan tanda ‘Pemeriksaan Polis’ mengalami kerosakan dalam kejadian kira-kira 5.50 petang itu.

Beliau berkata polis kemudian bertindak menahan suspek dan merampas kereta yang dipandunya.

“Hasil soal siasat awal mendapati suspek mengaku cuai sewaktu memandu kerana menggunakan telefon bimbit selain memberikan alasan keluar rumah kerana membeli makanan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, lelaki terbabit tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing adalah negatif.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 26 (2) Akta Polis 1967 kerana melanggar sekatan jalan raya, katanya.

-BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat