Jenama UMNO sudah gah, tapi jurujual tak hebat – A.Kadir Jasin

- Advertisement -

 

KUALA LUMPUR- UMNO adalah satu jenama yang terkenal dan popular, namun yang menjadi masalah adalah jurujualnya.

Tokoh wartawan Nasional, Datuk A. Kadir Jasin memberitahu, UMNO memerlukan “sales team” baru.

Katanya, yang menjadi penghalang kepada penerimaan terhadap UMNO dan pemulihan sokongan kepada parti itu bukan jenama UMNO.

“Jadi gerakan baru yang mahu Datuk Seri Ahmad Zahid kembali bercuti atau berhenti terus adalah langkah yang logik jika UMNO mahu kembali menjadi “force” dalam politik Malaysia.

“ Persoalannya adalah sama ada UMNO bersedia mengambil pendirian yang realistik demi kelangsungan atau terus setia membuta tuli kepada kepimpinan yang membawa kekalahan kepada parti,” katanya dalam satu kenyataan media.

Dalam pada itu menurut A.Kadir, dari segi keahlian, UMNO masih parti terbesar yang mustahil boleh ditandingi oleh mana-mana parti tapi ahlinya tidak lagi bermotivasi kerana sukar mempertahankan kepemimpinan yang cemar dan mementingkan diri sendiri.
“Ini terbukti apabila mereka membuat rundingan dan persetujuan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah gagal mendapat apa yang mereka harapkan daripada Perdana Menteri Muhyiddin Mohd Yassin.

“ Ini adalah realiti politik Malaysia. UMNO telah jadi macam DAP. Tanpa penyertaan salah satu daripada mereka, sukar bagi mana-mana pakatan menang pilihan raya dan menubuhkan kerajaan,” jelas beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat