Tiada siapa kebal undang-undang, reaksi Dr Dzulkefly selepas tular menteri merokok di kedai makan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tiada sesiapa pun terkecuali daripada penguatkuasaan Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) ini susulan dakwaan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dikesan merokok di sebuah kedai makan.

“Tiada siapa yang boleh mengatasi undang-undang,” kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad di platform X dalam respons terhadap gambar didakwa Mohamad merokok di kedai makan.

Beliau berkata Akta 852 yang berkuat kuasa 1 Oktober lalu akan dilaksanakan tanpa dwistandard.

Tetapi, Dzulkefly tidak mengesahkan sama ada individu dalam gambar itu ialah Mohamad atau mendedahkan tindakan khusus yang dikenakan.

Mengikut Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau (Pindaan) 2018, sesiapa yang didapati merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun, manakala pemilik perniagaan yang gagal mempamer papan tanda larangan merokok boleh didenda sehingga RM3,000 atau dipenjara sehingga enam bulan.

Seksyen 16 Akta 852 pula memperuntukkan individu merokok di kawasan larangan merokok boleh didenda tidak melebihi RM5,000.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat