Lanjutan Moratorium Dua Tahun Bagi B50 Ke Bawah Menerusi Program URUS – PM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan peminjam bagi kategori B50 ke bawah dapat menikmati lanjutan moratorium untuk tempoh dua tahun lagi menerusi Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS)

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat sebagai usaha meringankan beban rakyat dan mereka yang berminat mendapatkan manfaat ini boleh membuat permohonan URUS yang dibuka sehingga 31 Januari 2022.

“Saya turut meminta bank-bank untuk tidak mengenakan tindakan undang-undang terhadap peminjam-peminjam yang gagal membayar semula pinjaman sebaliknya peminjam boleh berbincang dengan pihak bank untuk menstrukturkan semula kaedah bayaran balik pinjaman.

“Dalam masa yang sama, Kerajaan melalui Jabatan Insolvensi Malaysia juga telah meningkatkan nilai ambang kebankrapan kepada RM100,000.

“Untuk pengetahuan anda, kerajaan menyediakan banyak inisiatif untuk mensejahterakan rakyat di bawah Bajet 2022.

“Antaranya adalah, Bantuan Keluarga Malaysia, bantuan awal persekolahan, rancangan makanan tambahan anak-anak miskin, PerantiSiswa Keluarga Malaysia, dan Program JaminKerja dan Latihan MySTEP,” katanya, dipetik dari kenyataan di Facebook beliau hari ini.

“Kerajaan juga telah aktifkan semula Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) bagi membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu bagi jangka masa panjang,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan juga telah mengaktifkan semula Majlis Perlindungan Sosial (MySPC) bagi membentuk dasar keselamatan sosial yang komprehensif dan bersepadu bagi jangka masa panjang.

“Semoga semua inisiatif ini dapat membantu menambahbaik taraf kehidupan seluruh warga Keluarga Malaysia terutamanya golongan B50,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat