Lima Tumpuan Kenyataan Media Ismail Sabri Hari Ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan menjadi kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) paling banyak dikesan semalam.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, secara keseluruhan seramai 196 individu ditahan dan semua mereka sudah dikompaun.

Berikut adalah lima perkara penting dalam kenyataan Ismail Sabri pada Khamis, 17 Disember 2020:

1) PDRM menahan 196 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP dengan semuanya dikompaun.

2) Kesalahan yang dikesan adalah gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (88), tidak memakai pelitup muka (86), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (8) dan lain-lain (14).

3) Operasi Benteng telah berjaya menahan 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta merampas tiga kenderaan darat.

4) Sebanyak 39 operasi sanitasi meliputi 13 Zon Merah, satu Zon Jingga, 14 Zon Kuning dan satu Zon Hijau yang melibatkan 10 buah negeri.

5) Seramai 9,004 yang pulang ke tanah air sedang menjalani kuarantin wajib manakala 532 individu dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 77,986 individu telah dihantar pulang – Astro Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat