KWSP: Najib Bukan Ada Kuasa Lagi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bukanlah salah Datuk Seri Najib Tun Razak kalau pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) gagal dapat apa yang mereka harapkan daripada tabung pencen pekerja swasta itu.

Wartawan veteran, Datuk A. Kadir Jasin menegaskan sebaliknya yang salah adalah mereka yang percaya dan menaruh harapan terhadap janji-janjinya.

“ Boleh jadi sesetengah mereka adalah pengikut tegar “Bossku” yang masih taksub kepadanya.

“Boleh jadi juga mereka lupa yang Najib bukan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan lagi. Parti beliau UMNO/BN kalah Pilihan Raya Umum dah lebih dua tahun,” ujarnya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Malah menurut A.Kadir, bukan itu saja, bak kata Agensi Berita Nasional Malaysia (Bernama), Najib adalah “convicted felon” yang ikut Pusat Rujukan Persuratan Melayu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) bermaksud penjenayah terhukum.

“Ironinya, kesalahan jenayah Najib bersabit kes rasuah SRC International Sdn Bhd dan perbicaraan kes 1MDB sekarang ada kaitan dengan duit tabung-tabung pelaburan awam (GLIC) macam KWSP dan KWAP.

“Jadi janganlah berharap sangat dengan janji-janjinya takut jadi macam guruh terdentum-dentam tapi hujan setitik pun tak turun,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan rakyat melahirkan rasa kesal dan kecewa kepada bekas Perdana Menteri itu kerana dikatakan memberi harapan palsu mengenai permohonan pengeluaran akaun satu i-Sinar KWSP.

Najib dalam satu kenyataan di Facebook miliknya berkata, beliau menerima dengan hati yang terbuka tindakan rakyat itu walaupun keputusan akhir sebenarnya terletak pada tangan orang lain.
Beliau berkata, realitinya ialah parti Barisan Nasional (BN) telah sehabis mungkin memperjuangkan hak rakyat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat