Agenda termanis Taeyeon

- Advertisement -

ANNYEONGHASEYO! Berkarya mengenai diri sendiri semestinya memberi kepuasan luar biasa buat setiap penyanyi.

Itulah juga misi Taeyeon sewaktu merakamkan album terbaharunya berjudul What Do I Call You.

Anggota Girls’ Generation itu yang kini fokus kepada kerjaya solonya mahukan corak karya lebih peribadi. Justeru, dia merealisasikan konsep terbabit untuk album solonya sempena kemunculan kembalinya.

Paling penting baginya ialah dapat berkongsi rasa dengan peminat yang semestinya lama menantikan album itu.

Baginya, pelancaran album itu menjadi agenda termanis tahun ini.

“Saya gembira dapat memberikan muzik baharu kepada peminat saya. Lagu-lagu dalam album ini rasanya sangat tepat menggambarkan tahun 2020, maka saya berharap ramai akan mendengarnya,” katanya.

Apapun, dia mengakui tidak mahu penghasilan lagu dalam album itu terlalu melebih-lebih. Dia lebih memilih untuk memaparkan emosi yang menyelubunginya sekarang berbanding cuba tampilkan melodi keterlaluan.

“Saya berusaha untuk tidak melampaui batas dalam album itu. Saya mahu ia menjadi cerminan kepada emosi semasa yang melanda diri. Saya tidak tertarik langsung dengan lagu yang terlalu menyerlah atau rancak,” katanya.

Dia juga menyifatkan album baharunya itu cukup sempurna untuk menggambarkan identiti muzik yang dekat di hati. Secara peribadi, dia paling suka lagu yang mengambil judul sama dengan albumnya.

“Kebiasaannya, lagu kegemaran saya bukannya lagu yang judulnya turut digunakan untuk keseluruhan album. Sejak pertama mendengarnya, saya memang terus jatuh cinta dengan lagu What Do I Call You.

“Selain liriknya, melodi serta mood dalam lagu itu memang kena dengan gaya saya. Saya juga terbabit dalam penulisan serta penerbitan untuk lagu To The Moon sendiri,” katanya.

Bercerita mengenai lagu itu, Taeyeon turut memasukkan cerita anjing kesayangannya dalam lirik bagi memberikan rasa sebenar menjalani kehidupan hariannya kepada pendengar.

“Saya hanya menulis berkisar kehidupan harian saya. Saya juga mahu tulis cerita mengenai teman baik saya iaitu anjing yang dinamakan Zero. Jadi, kalau anda melihat sendiri liriknya, anda akan faham,” katanya.

Taeyeon baru-baru ini menjadi artis tetap pertama kepada rancangan anekaragam, Amazing Saturday selepas penerbitan program itu mencecah sedekad.

Menurutnya, dia memang sangat gembira dapat terbabit bekerja lebih dekat dengan pasukan produksinya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat