SPRM sahkan bekas COO MBI direman 7 hari

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI) ditahan reman sekali lagi hari ini.

Penahanan ini bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan Menteri Besar Selangor Pemerbadanan (MBI).

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata mahkamah membenarkan lelaki berusia 45 tahun itu direman selama tujuh hari.

“Dia pernah ditangkap sebelum ini tapi cuma dapat ditahan reman sehari.

“Hari ini, dia ditangkap sekali lagi atas isu lain (dalam kes berkaitan MBI,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Persidangan Meja Bulat Ketua Pesuruhjaya SPRM Bersama Bank-bank Komersial pada Khamis.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat