Tun M Hargai Agensi Keselamatan Selamatkan Langkawi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad menghargai jasa baik agensi keselamatan menyelamatkan penduduk dan pelancong Langkawi ketika banjir dan fenomena kepala air.

Beliau hari ini melawat mangsa banjir di Padang Mat Sirat san memaklumkan kebanyakan penduduk sudah mula pulang ke rumah masing-masing.

“Saya hadir ke Pusat Penempatan Sementara, Dewan As Syifa Padang Mat Sirat, Langkawi untuk bertemu dengan mangsa banjir.

“Beberapa rumah dan kedai dilapor telah dinaiki air. Alhamdulillah pagi ini cuaca baik dan penduduk sudah mula kembali ke rumah mereka.

“Saya juga ingin ucap terima kasih pada agensi keselamatan yang bertugas selamatkan penduduk di sini atas tindakan pantas mereka. Mereka telah dapat selamatkan semua mangsa banjir, termasuk yang terperangkap di Telaga Tujuh akibat fenomena kepala air,” kata Pengerusi Pejuang itu dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau juga sempat singgah ke pasar Padang Mat Sirat pagi tadi.

Katanya, walaupun terlibat dengan banjir mujurlah ia tidak menjejaskan perniagaan mereka.

“Sekali lagi saya ucap terima kasih atas kecekapan dan kesediaan pasukan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, NADMA dan petugas kesihatan untuk selamatkan penduduk dan pelawat di Langkawi,” ucap beliau.

Semalam Langkawi dilanda hujan lebat sehingga mengakitkan beberapa kawasan dinaiki air juga berlaku fenomena kepala air di Telaga Tujuh.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat