Gigi ‘NAKAL’ Di Kuala Lumpur

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umum sudah mengetahui bahawa kumpulan Gigi bakal mengadakan konsert dengan judul Gigi ‘Nakal’ di Kuala Lumpur pada 5 November ini bertempat di Zepp Kuala Lumpur bermula 8 malam.

Sudah sekian lama tidak menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan yang terkenal dengan permainan dan nyanyian yang mantap iaitu Gigi akan kembali merawat kerinduan para peminat di Malaysia.

Terakhir kumpulan yang didirikan pada tahun 1994 ini beraksi di Menara PGRM pada tahun 2003 dan muncul di sebuah festival muzik di Mont Kiara pada tahun 2008. Kemudian kehadiran Gigi yang dianggotai oleh Armand Maulana (vokal), Dewa Budjana (gitar), Thomas Ramdhan (bass) dan Gusti Hendy (dram) ini dirindui oleh para peminat terutamanya GigiKita.

“Gigi ‘memasuki’ pasaran Malaysia lewat lagu Terbang yang menjadi siulan ramai dan kegemaran rata-rata para pemuzik pada tahun 1999. Gigi turut menawan ramai dengan hits seperti 11 Januari, Nakal, Pintu Sorga , Janji, Jomblo dan Andai. Kami tahu kumpulan ini memang dirindukan atas kemunculan pentas mereka yang cukup bertenaga ,” ujar Udzir Harris selaku pengasas Udzir Harris Projects.

“Untuk kemunculan kali ini bagi merawat kerinduan khalayak terutamanya pemuzik yang mengidolakan kumpulan ini atas bakat dan skil mereka, pihak YOLO Malaysia muncul bekerjasama dengan Tanjak Adventure & Tour selaku penganjur dan Udzir Harris Projects selaku penyelaras konsert yang bakal berlangsung selama dua jam ini” tambah Hamka Mohd Taufik yang merupakan Penerbit Kreatif YOLO Malaysia.

“Pihak YOLO Malaysia dan Udzir Harris Projects berasa sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan kumpulan terkenal Gigi untuk konsert kali ini. Begitu juga jalinan profesional bersama pihak Tanjak Adventure & Tour bagi merealisasikan konsert yang memang ditunggu-tunggu ramai ini, “  ujar Ib Harun selaku Pengasas YOLO ASIA.

Tiket-tiket dengan harga baru iaitu RM200 (Rock Zone – Free standing), RM250 ( seating- upper tier, RM350 (VIP seats- upper tier) serta RM5,000 (SVIP box- termasuk meet & greet, makanan dan minuman) sudah mula dijual. Manakala untuk kategori-kategori lain yang ingin menambah ‘Meet & Greet’, boleh melakukannya hanya dengan bayaran tambahan RM250.

Para peminat boleh membeli tiket di yoloasia.com.

GIGI: NAKAL DI KUALA LUMPUR
Tarikh              : 5 November 2022, Sabtu
Venue             : Zepp, Kuala Lumpur
Masa               : 8 malam
Laman Web    : YOLOASIA.COM

Harga tiket  : RM200 (ROCK ZONE- Free standing)
RM250 (SEATING- upper tier)
RM350 (VIP SEATS-upper tier)
RM5000  (SVIP BOX- termasuk meet & greet,makanan serta minuman)
RM250 ( bayaran tambahan Meet and Greet)

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat