Lelaki Mengamuk Libas Parang Ancam Pengguna Jalan Raya

- Advertisement -

TEMERLOH – Tindakan seorang lelaki bersenjatakan parang yang mengamuk dengan mengacukan senjata berkenaan kepada kenderaan di jalan Temerloh-Maran mengemparkan pengguna jalan raya berkenaan pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11 pagi berhampiran Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), di sini, nyata mengejutkan pengguna.

Amukan suspek yang tidak berbaju menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas apabila ramai pengguna jalan raya tidak berani melalui kawasan itu kerana bimbangkan keselamatan masing-masing.

Pengguna jalan raya, Khaidir Ahmad, 59, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan ke Maran.

“Apabila tiba di jalan berhampiran dengan Hoshas, saya lihat jalan sesak dan terdapat seorang lelaki tidak berbaju sedang memegang parang. Dia (suspek) mengacukannya kepada kenderaan yang lalu di situ.

“Saya terkejut namun memberanikan diri memandu kereta melalui jalan berkenaan. Saya bernasib baik tidak diserang lelaki itu,” katanya, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd. Azhar Mohd. Yusof berkata, polis yang menerima maklumat mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan lelaki berusia 30-an berkenaan.

Menurutnya, kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan kepada orang awam dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap kejadian itu termasuklah sekiranya suspek mempunyai masalah mental. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat