Ruslin dilantik Ketua Pengarah AADK yang baharu

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KAJANG – Bekas Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Dato’ Ruslin Jusoh dilantik sebagai Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang baharu berkuat kuasa pada Selasa.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh AADK memaklumkan, pelantikan Ruslin sebagai Ketua Pengarah AADK yang ke-13 bagi mengisi kekosongan jawatan itu sejak 26 April lalu bagi menggantikan Sutekno Ahmad Belon yang telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi) Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

“Ruslin berpengalaman selama lebih 28 tahun dalam perkhidmatan awam melalui lantikan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1995.

“Beliau pernah memegang jawatan utama dalam perkhidmatan awam antaranya, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),”kata kenyataan itu.

“Sehubungan itu, AADK merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Ruslin atas pelantikan ini.

“AADK turut menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Sutekno atas khidmat bakti sepanjang memikul tanggungjawab sebagai Ketua Pengarah AADK, ”kata kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, majlis Penyerahan Nota Serah Tugas Ketua Pengarah Imigresen oleh Ruslin kepada Ketua Pengarah JIM, Dato’ Zakaria Shaaban, telah diadakan di Dewan Hamka Ibu Pejabat JIM, di Putrajaya pada Selasa.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat