1,375 bakal pengetua & guru besar terima NPQEL, dirai pad Komensmen IAB ke -23

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

NILAI – Seramai 1,375 bakal pengetua dan guru besar yang mengikuti program Sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (National Professional Qualification for Educational Leaders – NPQEL) Institut Aminuddin Baki (IAB) diraikan dalam Majlis Komensmen Ke-23 di Dewan Tuanku Canselor, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini, pada Sabtu lalu.

Menerusi kenyataan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan, graduan NPQEL ambilan 2022 dan 2023 (sidang 1 dan 2) telah menerima sijil masing-masing daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, (KPM), Hj. Azman Adnan.

Terdahulu, Azman dalam ucapannya berkata, semua 10,235 pengetua dan guru besar di seluruh negara digesa mempunyai daya dan kepemimpinan digital untuk menyokong usaha KPM melahirkan lebih ramai guru yang memiliki kompetensi dalam teknologi digital.

“Menjadi tanggungjawab mereka untuk memastikan sistem pendidikan terus relevan dan berdaya saing dan merangka strategi baharu yang berasaskan teknologi digital seiring perkembangan dunia khususnya dalam pendidikan, ”katanya.

“Mereka perlu memperkasakan teknologi ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), pengurusan sekolah, dan penyampaian perkhidmatan pendidikan,” katanya lagi

“Program NPQEL merupakan satu inisiatif kepimpinan dalam anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk memastikan kepimpinan berprestasi tinggi di sekolah, ”tambah kenyataan itu.

“Pihak IAB mempunyai keyakinan penuh bahawa graduan NPQEL berupaya menterjemahkan kualiti amalan pengurusan dan kepimpinan yang tinggi dalam menerajui kecemerlangan pendidikan negara.

“Majlis Komensmen IAB yang diadakan saban tahun bagi memberi pengiktirafan setelah mereka melalui sembilan bulan program NPQEL dan perlu mencapai piawai atau lulus,”tambah kenyataan itu lagi.

Dalam pada itu, graduan NPQEL sidang 3 telah menerima sijil masing-masing pada Ahad, daripada Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal Abas.

Manakala , sidang 4 pula telah disempurnakan oleh Pengarah IAB, Ab Aziz Mamat.-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat