Lanjutkan lagi siasatan RCI Tabung Haji dari 2021 hingga 2026 – Ahmad Maslan

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melanjutkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH) untuk 2021 hingga 2026 dan bukannya setakat 2014 hingga 2020.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mendakwa, penjualan dan pembelian aset TH turut berlaku pada 2021 hingga 2026 dan bukannya pada 2014 dan 2020.

Beliau berkata, Umno menyokong jika kerajaan turut mendedahkan laporan RCI TH dilanjutkan bermula 2021 hingga tahun ini.

“Umno akan bincang mengenai isu pendedahan laporan RCI TH pada mesyuarat MKT pada Jumaat depan.

“Kita juga akan turut membincangkan pelbagai isu terutama pendirian parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Sarawak,” katanya kepada media selepas majlis perasmian Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual (AOT) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal yang disempurnakan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, lapor BH di Kuala Nerus pada Isnin.

Ahmad berkata, desakan supaya kerajaan turut membentangkan laporan RCI TH bermula pada 2021 hingga 2026 antara agenda mesyuarat akan dibincangkan pada mesyuarat MKT Umno Jumaat depan.

Ketika mengulas desakan supaya Ahli Parlimen digantung dan dipecat daripada Kerajaan Perpaduan, beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah menyatakan pendirian bersama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) sehingga penggal pentadbiran kerajaan berakhir.

Katanya, semua Ahli Parlimen Umno dan BN sudah menanda tangani perjanjian untuk menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga berakhirnya penggal.

“Jika Anwar mengumumkan pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan tahun ini atau tahun depan, maka berakhirlah kerjasama antara Umno dan BN bersama Kerajaan Perpaduan,” katanya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat