KUALA LUMPUR – Kesalahan dalam Tabung Haji (TH) jika yang mencuri itu Melayu dan terus nak salahkan bangsa Melayu itu tidak adil, kata Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Akmal Saleh.
Beliau menegaskan, kerana jangan lupa isu mafia korporat, isu terowong juga ada bangsa lain yang dituduh terlibat, adakah kita nak salahkan bangsa mereka?
Akmal mengingatkan, jadi jangan kerana kesalahan beberapa individu, satu bangsa pula dihina dan direndahkan.
“Kalau ada yang mencuri, tangkap. Siasat. Dakwa. Bawa ke mahkamah. Biar undang-undang tentukan siapa bersalah.
“Lebih-lebih lagi kalau kamu berada dalam kerajaan. Kamu ada kuasa, ada agensi, ada undang-undang. Gunakanlah.
“Jangan sudah jadi kerajaan, tetapi masih bercakap macam pembangkang—pandai menuding jari, tetapi gagal mengambil tindakan.
“Jangan kerana pelaku itu Melayu kamu hina Melayu secara keseluruhan,tetapi jika pelaku itu bangsa lain, kamu diam menikus!
“Penjenayah ada bangsa. Tetapi jenayah tidak mengenal bangsa,” tempelak beliau.
Adun Melimau itu memberitahu, mencuri ini bukan soal bangsa.
Katanya, ada Melayu yang mencuri. Ada Cina yang mencuri. Ada India yang mencuri.
“Dalam setiap bangsa, ada yang baik dan ada yang melakukan kesalahan,” ujarnya.


