Kes Zara Qairina: Kertas Siasatan Dirujuk Semula ke AGC

CYBERJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan merujuk semula kertas siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir, ke Pejabat Peguam Negara (AGC) esok bagi mendapatkan arahan selanjutnya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, keputusan itu dibuat selepas siasatan tambahan oleh pasukan khas selesai dijalankan.

Katanya, pihak polis telah mengambil keterangan secara menyeluruh melibatkan hampir 200 individu.
“Mereka terdiri daripada pelajar, guru, pegawai perubatan, warden, pengawal keselamatan, ibu bapa serta lain-lain saksi yang mempunyai kaitan langsung dengan kes ini,” jelasnya dalam satu kenyataan, Ahad.

Beliau berkata, siasatan memberi tumpuan kepada dua perkara utama iaitu proses inkues dan kemungkinan berlakunya jenayah lain termasuk kes buli serta penyebaran berita palsu.

“PDRM memberi jaminan proses siasatan dilaksanakan secara menyeluruh dan telus tanpa melindungi mana-mana pihak,” tegasnya sambil mengingatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang boleh mengganggu ketenteraman masyarakat.

Sebelum ini, pada 6 Ogos, Pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan awal kepada polis untuk dilengkapkan.

Zara Qairina dilaporkan terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar, pada 16 Julai lalu. Beliau meninggal dunia sehari kemudian di Hospital Queen Elizabeth I (HQEI).

Kematian tragis itu mencetuskan kebimbangan orang ramai apabila ia dikaitkan dengan dakwaan buli di sekolah terbabit. Tanda pagar #JusticeForZara turut tular di media sosial sebagai simbol solidariti menuntut keadilan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat