GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani menang besar pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri yang berlangsung hari ini.
Mohd Azmawi menang dengan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) yang menggunakan logo PAS, Rizwadi Ismail dengan memperolehi undi 9,113 manakala Rizwadi 5,741 undi.
BN menang dengan majoriti 3,372 undi.
Barisan Nasional juga menang 17/20 Pusat Daerah Mengundi.
Pada 13 Jun, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Nenggiri setelah menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada parti.
Sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi yang bertanding tiket Pas menang majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi.
Calon BN, Ab Aziz Yusoff memperolehi 5,707 undi.