Usah panik, bekalan ayam cukup di ladang, harga tak naik – DVS

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) tidak menerima laporan kekurangan bekalan ayam di peringkat ladang, susulan dakwaan berlakunya kekurangan bekalan itu hingga menyebabkan harga ayam naik.

Dalam kenyataan semalam, DVS memaklumkan pihaknya juga tidak menerima laporan berlakunya wabak penyakit ayam, yang menyebabkan kematian secara besar-besaran.

“Oleh yang demikian, DVS memohon orang awam untuk tidak panik,” menurut kenyataan itu yang mengulas laporan media tempatan bertajuk ‘Bekalan kurang punca harga ayam naik – pembekal’ yang disiarkan kelmarin.

Laporan itu menyatakan bekalan ayam yang berkurangan beberapa hari lepas, menjadi punca harga ayam di pasaran terpaksa dinaikkan kembali antara RM9 hingga RM9.28.

Kenyataan DVS itu memaklumkan jika terdapat sebarang kekurangan bekalan ayam belaku, perkara itu boleh dilaporkan segera kepada DVS melalui Pejabat Veterinar Daerah/Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri yang terdekat atau melalui e-mel [email protected] dan nombor perhubungan 03-8870 2000.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat