Ifa ibarat ‘sirih pulang ke gagang’

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Mungkin ramai tidak tahu bakat artis versatil, Ifa Raziah dicungkil TV3 melalui program realiti Asia Bagus pada 1992.

Malah, menerusi program terbitan TV3, Ifa atau nama sebenar, Saripah Raziah Mustapha diberi tanggungjawab menjadi pengacara.

Sehubungan itu, penyertaan Ifa dalam program terbaru, Terpaling Juara disifatkan ibarat ‘sirih pulang ke gagang’.

Mengimbau sejarah silam, Ifa berkata, bakat sebagai pelakon dan pengacara dicungkil TV3, tiga dekad lalu.

“Tempat jatuh lagi dikenang, apatah lagi ini tempat bermula. Di TV3, bakat saya dicungkil sebagai pelakon dan pengacara.

“Karier seni saya bertapak menerusi program Asia Bagus pada 1992. Di situlah bermulanya Ifa Raziah. Saya juga pernah mengacarakan program Wanita Hari Ini (WHI).

“Ramai juga mungkin lupa saya pernah bersaing pada Separuh Akhir Muzik-Muzik, tetapi tidaklah sampai ke pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Atas kriteria itulah saya diundang menyertai program realiti, Terpaling Juara. Saya terima kerana di sinilah tempat permulaan saya,” katanya pada sidang media program hiburan terbaru terbitan TV3, Terpaling Juara di Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Bandar Utama, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Terpaling Juara yang mula bersiaran Ahad ini, bakal menyaksikan penyanyi legenda berentap dengan bintang baharu di bawah bimbingan tiga pemenang AJL iaitu Akim Ahmad, Hael dan Naim Daniel untuk merebut gelaran Terpaling Juara.

Ifa mengakui teruja menjayakan program itu biarpun dia menjadi peserta di bawah bimbingan penyanyi lebih muda.

Malah, Ifa sudah sebati dengan kritikan dan kecaman netizen sebaik muncul di pentas Terpaling Juara. Sebelum menerima tawaran, Ifa sudah membuat persediaan mental dan fizikal.

“Saya kalis kecaman. Kalau tidak, tiadalah saya di sini (dunia hiburan) selama 27 tahun.

“Kecaman tidak mendatangkan kudis kepada saya. Sebenarnya, kecaman itu bagus untuk diri saya agar berpijak di bumi nyata.

“Kita kena ambil tahu dan dengar kecaman orang ramai. Semuanya untuk kita memperbaiki diri. Melalui kecaman, barulah kita tahu kelemahan diri.

“Jadi, kita boleh betulkan diri kita. Saya ambil kira kecaman atau teguran diberi,” katanya.

 

Ifa dikecam netizen selepas dilihat bergelek ketika membuat persembahan pada majlis aqiqah.
Ifa dikecam netizen selepas dilihat bergelek ketika membuat persembahan pada majlis aqiqah.

 

Sementara itu, Ifa menempelak netizen yang mengecam dia berkelakuan tidak sopan dengan bergelek ketika membuat persembahan pada majlis aqiqah, baru-baru ini.

Menjelaskan kontroversi itu, majlis dihadirinya itu terbahagi kepada acara aqiqah dan sambutan ulang tahun perkahwinan.

“Saya penyanyi dangdut. Jadi, apa yang saya kena buat adalah menyanyi, menghibur dan bergelek. Selama ini, gelek yang beri saya makan.

“Acara aqiqah berlangsung pada awal majlis, iaitu ketika waktu Maghrib hingga Isyak. Selesai aqiqah, acara ulang tahun perkahwinan pula.

“Saya bergelek selepas persembahan Liza Hanim. Kami buat persembahan sempena ulang tahun perkahwinan pihak yang menjemput saya,” katanya.

Ifa tidak menganggap aksinya bergelek sebagai isu besar.

“Orang bayar saya puluhan ribu untuk menyanyi. Ini cara saya cari makan. Salahkah saya? Bukannya saya berkelakuan tidak senonoh dan keterlaluan. Pada Instagram (IG), boleh tengok video penuh. Jadi, anda nilai sendiri,” katanya.

Terdahulu, Ifa yang popular dengan lagu Ser Ser Ser dikecam netizen selepas dilihat bergelek ketika membuat persembahan pada majlis aqiqah.

Video yang tular di TikTok itu mendapat perhatian netizen yang kecewa dan menganggap perbuatan Ifa mencemarkan kemuliaan majlis agama.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat