TERENGGANU: Seorang anggota polis berpangkat Asisten Superintendan didakwa menerima rasuah sebanyak RM10,500 dua tahun lalu.
Mohamad Nazli bin Mohamed, 38, tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen disini. Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Nazli yang bertugas di Jabatan Cawangan Khas Antileganasan IPK Kuala Terengganu didakwa menerima rasuah untuk urusan mempercepatkan membawa tahanan yang berada di Syria.
Segala tuduhan dilakukan antara Mei hingga Disember 2018 di Besut. Mahkamah membenarkan beliau diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin dan sebutan kes semula pada 21 September.
Tertuduh jika disabitkan tuduhan boleh dipenjara tidak lebih 2 tahun dan denda atau kedua-duanya sekali bagi setiap tuduhan. Kes dibicara mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan (KK).
Pendakwaan telah dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Farah Yasmin Salleh manakala tertuduh diwakili Peguam Bela Mohd Hayyatuddin Muhamad.