Gelaran Tan Sri Pengiktirafan Untuk Warga KKM – Dr Noor Hisham

- Advertisement -

CYBERJAYA: Penganugerahan Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran “Tan Sri” kepada Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah adalah satu pengiktirafan kepada warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dr Noor Hisham sejurus menerima anugerah itu mengucapkan “Alhamdulillah” berkata, ianya satu penghargaan kerajaan kepada barisan hadapan terutama KKM.

Dr Noor Hisham menerima gelaran tersebut sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang Di Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan (hari pertama) yang berlangsung di Istana Melawati, Putrajaya hari ini.

Tinjauan SuaraTV melihat rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada Dr Noor Hisham diatas penganugerahan gelaran Tan Sri oleh Yang Di Pertuan Agong. “Ianya satu penghargaan atas kerja keras Dr Noor Hisham dan warga KKM ketika negara dilanda penularan pandemik Covid-19”.

 

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat