Dewan Rakyat Kecoh, Speaker Tangguh 10 Minit

- Advertisement -

Cyberjaya – Sesi undian belah bahagi untuk meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 hari ini bertukar kecoh apabila Speaker, Datuk Azhar Azizan tiba-tiba menangguhkan sesi persidangan Dewan Rakyat selam ‘10 minit’.

Ahli parlimen pembangkang kemudiannya bangun membuat kecoh sambil menyifatkan tindakan tersebut cubaan untuk melenggahkan masa.

“Seperti petua yang saya berikan 11 Ogos, saya tempohkan mesyuarat dewan selama 10 minit,” katanya sambil melangkah keluar sambil diikuti Bentara.

“Orang tak cukup ke? kenapa tangguh? mana boleh tangguh dewan,” jerit ahli parlimen pembangkang.

Selepas 10 minit, Azhar kembali semula ke dalam Dewan Rakyat bagi memulakan sesi undian belah bahagi.

Undi belah bahagi perlu dibuat bagi meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2020 selepas 15 Ahli Parlimen bangun selepas bacaan kali kedua.

“Oleh sebab lebih 15 orang bangun untuk meminta dibuat belah bahagian, maka mengikut Peraturan Mesyuarat 46 (4), saya memerintahkan satu belah bahagian diadakan sekarang,” katanya.

Loceng Dewan Rakyat kemudiannya dibunyikan selama dua minit bagi memberi peringatan kepada Ahli Parlimen di luar dewan masuk bagi membolehkan undian dijalankan.

Hasil undian seramai 111 Ahli Parlimen bersetuju, manakal 106 Ahli Parlimen tidak bersetuju manakala lima lagi tidak hadir.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat