Semua Pihak Perlu Bekerjasama Kekalkan Keamanan Laut China Selatan

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Vaksin Covid-19, Minat Pelabur Dorong Kenaikan Di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR - Keyakinan berterusan terhadap vaksin COVID-19 dan minat risiko yang bertambah baik telah membantu Bursa Malaysia ditutup di paras tertingginya dalam tempoh...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...

Agong Berkenan Tinjau dan Sertai Operasi SAR

TEMERLOH - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli meninjau dan menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR)...

KUALA LUMPUR, 16 Julai — Malaysia mengulangi pendiriannya bahawa semua pihak perlu bekerjasama selain memainkan peranan aktif bagi memastikan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Laut China Selatan.

Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata perkara-perkara berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip-prinsip yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa termasuk Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) 1982.

Beliau berkata Malaysia berharap dapat meneruskan perbincangan untuk memuktamadkan Kod Tata Laku di Laut China Selatan (CoC) yang berkesan dan substantif merangkumi unsur-unsur yang menggambarkan hak serta kepentingan semua pihak.

“Sebagai sebuah negara yang mengemukakan tuntutan, Malaysia sentiasa konsisten dalam pendirian kami, tegas dalam komitmen untuk menjaga kedaulatan, hak-hak kedaulatan dan kepentingan kami di Laut China Selatan. Kepentingan nasional Malaysia tetap menjadi keutamaan,” menurutnya dalam kenyataan di sini hari ini sebagai respons kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Michael R Pompeo berhubung pendirian AS mengenai tuntutan maritim di Laut China Selatan.

Sementara itu, sebagai respons kepada dakwaan yang timbul susulan sidang akhbar semalam,  Hishammuddin berkata beliau bercakap dalam konteks reaksi terhadap aktiviti kapal penggerudi West Capella di mana kehadiran sebuah kapal peninjau China, yang mengiringi Pengawal Pantai China dan militia menangkap ikan, dikesan di Zon Ekonomi Eksklusif Malaysia (EEZ) dari April hingga Mei.

“Perkara ini diuruskan dalam tempoh 100 hari pertama saya berada dalam kementerian dan kesemua kapal terbabit telah meninggalkan EEZ kita selepas usaha diplomatik yang intensif. Berhubung kenyataan bekas Menteri Luar, pendirian kita mengenai Laut China Selatan tidak berubah sejak dari masa beliau menerajui Wisma Putra.

“Malah jika beliau mengetahui konteks kenyataan saya semalam berkaitan aktiviti West Capella seperti yang dijelaskan, saya yakin beliau tidak akan salah faham dan memberikan reaksi seperti itu. Respons saya kepada kenyataan yang dibuat oleh Pompeo adalaha seperti di atas yang menegaskan pendirian kita berhubung perkara itu,” katanya.

Media hari ini melaporkan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membidas kenyataan Hishammuddin yang mendakwa bahawa tiada lagi pencerobohan kapal tentera China di kawasan perairan Malaysia di Laut China Selatan sejak kerajaan Perikatan Nasional (PN) berkuasa.

Anifah dilaporkan berkata pada April lalu, flotila kapal perang China dikesan mengiringi kapal peninjau negara itu di kawasan perairan Malaysia.

— BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Zahid Ingatkan Ismail Sabri Jangan Desak Isu TPM

BAGAN DATUK, 29 Nov -- Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini meminta pemimpin dan anggota UMNO tidak mendesak Perdana Menteri Tan Sri...

Bagi Sumbangan Tak Tanya Kami, Pegawai Mukhriz Bidas Ebit Liew

ALOR SETAR - Eksekutif Media Menteri Besar Kedah mendakwa tindakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan asnaf di negeri itu telah...

Tewas lagi, adakah Ketua Pembangkang akan letak jawatan?

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM). Keputusan diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat,...

Berita Berkaitan

PM Beri Jaminan Cadangan Bantuan JKM RM1,000 Akan Disegerakan

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan cadangan menaikkan kadar bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200...

Najib Gesa Permudahkan Proses, Pencarum Marah Syarat Ketat i-Sinar KWSP

CYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa kerajaan mempermudahkan proses pengeluaran skim i-Sinar dari Akaun 1 KWSP susulan kemarahan ramai...

Bekas AG Tuntut Ganti Rugi RM2.3 Juta, Mahathir Nafi Salah Guna Kuasa Pecat Apandi

KUALA LUMPUR - Tan Sri Mohamed Apandi Ali mendakwa, Tun Dr Mahathir Mohamad mempunyai pandangan negatif dan membencinya sehingga mendorong kepada penamatan khidmat beliau...