“Tok Guru masih dan amat diperlukan, tak timbul isu berundur” – Samsuri

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kepimpinan Tan Sri Abdul Hadi Awang masih dan amat diperlukan oleh Pas, ini sekali gus menangkis desas-desus pengunduran Presiden Pas itu.

Menurut Naib Presiden Pas yang juga Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar kepemimpinan dan buah fikiran Hadi sangat diperlukan oleh Pas dan kehadirannya memberi semangat kepada ahli serta pemimpin parti itu.

“Tidak timbul isu pengunduran Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden Pas,” katanya ketika menjawab spekulasi kononnya Hadi berundur daripada jawatan Presiden atas faktor kesihatan.

“Saya rasa tidak timbul langsung soal pengunduran Tok Guru (Abdul Hadi). Malah semua di peringkat akar umbi hingga kepemimpinan tertinggi mendoakan kesihatan beliau agar kembali pulih.

“Tok Guru masih dan amat diperlukan. Saya telah sebut dalam ucapan saya, prestasi yang terbaik dari Pas hingga muncul sebagai dua parti paling besar dalam negara kita dan memenangi kerusi di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen hampir 200 orang,” katanya selepas menziarahi keluarga mangsa kemalangan bas di Kampung Telaga Nibong, lapor Utusan di Besut pada Selasa.

Ahmad Samsuri berkata, pengunduran Hadi tidak wajar dibangkitkan dalam keadaan Pas berada pada prestasi terbaik.

“Jadi tentulah kita harapkan supaya momentum sedia ada yang dibawa oleh Tuan Guru ini dapat diteruskan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat