Rafizi kini bebas bersuara, jawab tuduhan menteri tak berhasil, kuat merajuk

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Rafizi Ramli kini kembali aktif dengan audio siar YBM (Yang Berhenti Menteri) yang akan bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam.

Bekas Menteri Ekonomi itu akan menjawab tuduhan dan label yang dilemparkan kepada beliau selama ini.

“𝗣odcast 𝗬𝗕𝗠 (𝗬ang Berhenti Menteri) Kuat merajuk! Tak makan dipujuk! Jadi menteri tak de hasil! Nak buat parti baru le tu! dan formula dah tah ke mana!

“Saya sekarang tidak lagi terikat dengan etika kerajaan dan kerahsiaan. Jadi saya bebas bersuara.

“Podcast YBM akan kembali bersiaran setiap minggu pada hari Jumaat jam 9 malam,” katanya.

Pun begitu, bekas Timbalan Presiden PKR itu berjanji akan memberi penjelasan seimbang.

“ Insya-Allah, saya akan imbangkan ulasan YBM – bakar pun ada, beri pencerahan pun ada.

“Yang penting, mestilah objektif, berfakta dan memberi pemahaman yang adil kepada semua,” ujarnya.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat