“Memang ada pilihan untuk kekal, tapi mandat parti penting untuk reformasi luas” – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Nik Nazmi Nik Ahmad tidak berganjak dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) meskipun ada pilihan untuk kekal di posisi berkenaan,

Jelas beliau keputusan kekal letak jawatan itu dibuat bersandarkan mandat parti.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkongsi luahan hatinya dalam catatan di Facebook pada Selasa sekali gus menyatakan rasional beliau membuat keputusan meninggalkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam.

“Minggu lepas (Puan) Shareen Abdul Ghani, Pengerusi salah satu agensi Kementerian, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) berkunjung ke pejabat saya di NRES. Saya berada di pejabat untuk berkemas.

“Selepas kami duduk di sofa Pejabat Menteri, beliau bertanya: “Ada peluang lagi kami yakinkan YB untuk ubah fikiran?” Saya cuma tersenyum dan memandang ke sekeliling pejabat. Shareen mengikut pandangan mata saya – melihat rak-rak kosong yang sebelum ini sarat dengan buku, dinding-dinding kosong yang pernah digantung pelbagai gambar, lukisan (dan jersi). “Ok saya faham YB.”

“Saya menyatakan bukan mudah untuk meninggalkan NRES. Selepas dua tahun, saya anggap pasukan di NRES, jabatan dan agensi dah mencapai tahap ‘dream team’ – dengan komitmen, kebolehan dan kewibawaan yang luar biasa.

“Tetapi keputusan saya buat ini adalah untuk perkiraan yang lebih besar. Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas. Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan,” ujar Nik Nazmi yang juga bekas Naib Presiden PKR.

Beliau menitipkan pesan kepada Shareen untuk jaga MGTC baik-baik.

“Beberapa bulan lepas saya hadir ke MGTC bagi menjawab persoalan staf yang risaukan hala tuju agensi tersebut secara berdepan. Berbincang dengan Shareen, Amin Ramli dan Datuk Dr Ching Too, KSU NRES, kami rasakan penting untuk menjawab isu-isu ini secara jujur dan terbuka.

“Semoga MGTC terus menerajui implementasi agenda perubahan iklim ke arah matlamat Sifar Bersih 2050.

“Ketika Jurgen Klopp mengumumkan peletakkan jawatannya sebagai Pengurus Liverpool dia menyebut: “I love absolutely everything about this club… I love the staff… But that I still take this decision shows you that I am convinced it is the one I have to take”, itulah perasaan saya,” kata Nik Nazmi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat